Thursday, November 29, 2007

Apakah Ini Budaya Kita?

”Berdemonstrasi bukan budaya kita!”
Itulah kata yang empunya cerita
Tapi mereka ini semua sudah lupa
Ketika menentang Malayan Union atau Kesatuan Malaya
Dato’ Onn bersama rakyat telah membuat demonstrasi raksasa

Kata mereka ”ini dan itu” bukan budaya kita
Adakah politik wang budaya kita?
Adakah mengambil dan memberi rasuah budaya kita?
Adakah membantai tahanan sampai separuh mati budaya kita?


Adakah berdemonstrasi menentang kuasa luar sahaja budaya kita?
Adakah memberi permit berhimpun kepada anak menantu sahaja budaya kita?
Adakah mengamal double-standard budaya kita?

Adakah menyembor air berkimia dan pemedih mata budaya kita?
Adakah melucutkan kuasa raja budaya kita?
Adakah merasuah pengundi budaya kita?
Adakah membawa pengundi hantu budaya kita?
Adakah menggunakan media awam bagi kemenangan pilihanraya budaya kita?

Adakah menghadiah penyapu budaya kita?
Adakah menggertak rakyat dengan keganasan budaya kita?
Adakah menakutkan rakyat dengan huru hara budaya kita?
Adakah memaki hamun sesama Islam budaya kita?

Adakah melucut kebebasan mahkamah budaya kita?
Adakah menahan rakyat tanpa bicara budaya kita?
Adakah membunuh musuh politik budaya kita?
Adakah menyekat pergerakan rakyat budaya kita?

Adakah membuat jenaka lucah di parlimen budaya kita?
Adakah menghina wanita dalam parlimen budaya kita?
Adakah menghina orang kurang upaya budaya kita?
Adakah menaikkan anak menantu budaya kita?
Adakah menutup sebelah mata budaya kita?
Adakah menangkap bilis, melepaskan jerung budaya kita?

Adakah menyekat pertandingan sihat budaya kita?
Adakah merahsiakan tarikh pilihanraya budaya kita?
Adakah mengekang kebebasan SPR budaya kita?
Adakah ”gerrymandering” kawasan pilihanraya budaya kita?

Adakah menumbuk wartawan budaya kita?
Adakah menghalang pandangan alternatif budaya kita?
Bukankah menggalakkan bahas di sekolah budaya kita?
Tetapi mengapa membahas secara sihat di parlimen bukan budaya kita?

Mat Al-Jajawi